Friday, October 9, 2009

BenarKah BATU TERAPUNG dalam peristiwa ISRAK MIKRAJ di PALESTIN..........


Thursday, August 6, 2009

Benarkah BATU TERAPUNG dalam peristiwa israk mikraj di PALESTIN
Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..(maaf sahabat ana terlewat untuk mendapat khabar yg benar ini harap masih utuh dlm jiwa kita peristiwa agung isra' mikraj insyaAllah yg jatuh pada tahun ke 11 Kerasulan Nabi Muhammad SAW)Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet.



Gambar PALSU 1
Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )


Gambar PALSU 2
Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?


Gambar PALSU 3
Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?


Gambar PALSU 4
Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..?



Gambar PALSU 5
Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. Guna Photoshop..
Jadi.. Mana yang ASLInya..?
___________________________ …
Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..




Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj
Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.
SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD
JAWAPAN
Dato’ Dr Haron Din:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.
Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.


Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.
Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.
Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.
SEBARKAN: Sila copy dan paste pesanan di bawah ini bermula dari tanda ** hingga ** serta sebarkan kepada kenalan anda melalui e-mail, messenger, blog atau laman sesawang yang anda kenali bagi menyampaikan info yang benar ini kepada kenalan anda dan kenalan-kenalan mereka.

** Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..
Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine..
[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..? Sila ke;
http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/
Syukran.. **petikan dri blog al fadhil ustaz zamri zainuldinre-post from atas blog nama yang satu : islam

Tuesday, October 6, 2009

Di malam raya..@menjelang syawal..,.,....hehehe



Assalamualaikum..buat pertama kali nye nak cube2 taip dlm blog..hehe...sebelum nie xpenah pun nk tulis2 nie..maklum la.pemalas sikit..hehehe..
Nie ade la nk cite sedikit,rse2 nye thn nie tuk kali ke-4 la saya dengan kawan2 serumah beraya di Kaherah,Mesir nie..dari mula2 sampai ke sini 14-9-2006,,,,sampai la skrg,,still kat sini lagi.(tak pernah balik cuti lagi la).huhuhu....sedih still sedih jugak...Yela..mak dengan ayah jauh dimata..nasib la ade internet..hehe..Dapat la telefon ke rumah..hmmm..ok..yang gambar nie masa malam raya..ye la..kalau kat malaysia,,mesti ade keje nye,,tapi dah duk kat sini,,nak mencari keje la pulak....hehe..idea nie kawan kat depan nie (gmbr yg ade be-2 tu) yang rancang nye..boring2..try la buat kuih raya..kire kalau orang kata tu ,,nak bagi rasa sikit raya tahun nie...acuan kuih nya kat atas tu..huhu.kena buat dengan lemah lembut..kalau tak..lain la yang jadinya nanti.hehe...Dan yang nie pulak kitaorang tgh letak kuih dalam acuan yang dibuat sendiri..hehe....senang ringkas cepat dan murah....hehehe amacam ade bran ke..


Dan inilah hasilnya kuih kami...hehe..(saya tak buat pon kuih ni..buat acuan je)hehe..
Kuih Cornflakes bermadu,,, Cornflakes coklat...dan acuan nya skali..hehe.dah macam lagu la pulak..nie la aktiviti kami buat tahun ini..itu je la yang sempat..dengan tak tidur malam...hehe..ade la jugak dari menung je..hilang kn boring2.yang kuih kt sebelah nie kuih dari malysia..kuih kami sikit je kat tepi tu..hehe....tuk mak dengan ayah..(
orang minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki..dan dari la org kecik sampa la dah ke MESIR...Nie..hehe...MAAF ZAHIR DAN BATIN...)nanti kalau orang balik..boleh la tolong2 mak buat kuih..dah lama tak makan kuih raya(mak yang buatla)..beli dah biasa dah..hehe..nanti untuk hari raya pulak..nie pon saje2 je..xde ape nk buat..cube2 je..hehe..SELAMAT HARI RAYA MAAP ZAHIR DAN BATIN,,tuk keluarga, sanak saudara, adik beradik sepupu sepapat...dan buat kawan2 semua..kalau ada slah dan silap atau terkasar bahasa harap di maafkan..




 

feel my soul Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008